Friday, April 11

Mengenali Lagu Tradisional

Apabila tiada jurulatih untuk pasukan tarian rampai, kami bukan sahaja tidak tahu steps untuk tarian, malah tak tahu nak pilih lagu latar untuk tarian kami....satu lagi masalah. kami harus pilih dan gabung lagu, serta hilangkan suara daripada lagu.

Sebagai pengurus, saya tak nak patahkan semangat pelajar saya. saya terus mengajar steps untuk joget dan inang. Lagu untuk tarian mereka, saya juga yang pilih. Cuma, masalahnya saya tak pasti dengan ketepatan lagu itu. Saya bukan guru muzik. Jauh sekali penggemar lagu tradisional. Mungkin jika seseorang yang sensitif terhadap lagu, agak senang untuk saya kenalpasti jenis lagu, samaada zapin, joget, inang ataupun asli. Tapi saya hanya sekadar pendengar.....akhirnya tiga lagu yang saya pilih untuk tarian rampai adalah


Joget kasih tak sudah nyanyian siti nurhaliza (joget)
Pantun budi nyanyian sm salim (zapin)
Lagu pengantin untuk inang

Itu saja lagu yang saya dapat jumpa. album tradisional pun saya tak ada, jadi saya pilih lagu daripada koleksi mp3 saya sahaja... hari ni, insyaAllah guru muzik sekolah kami balik daripada Bengkel Kior. Harapnya dia dapat bantu saya menggabungkan lagu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...