Hari ni kali kedua saya buat kelas tambahan untuk kelas kimia. Pada kali pertama hanya 14 orang daripada 22 pelajar yang hadir manakala kali ni pula hanya 15 orang pelajar yang hadir. Saya telah berjanji pada pelajar, sekirannya kehadiran kurang daripada 18 orang pelajar, maka saya akan jalankan kelas seperti dalam jadual waktu sekolah, pukul 2.00 hingga 3.20 petang.
Sebenarnya pelajar saya (dan saya juga) tak suka sangat kelas pukul 2, maklumlah bila petang otak pun penat dan mengantuk. Lagipun perut sedang memanggil untuk diisi. Kali terakhir pelajar makan adalah semasa rehat, jam 11. jadi untuk menunggu pukul 3.30 untuk makan tengah hari, terlampau lewat bukan....tentunya pelajar dah lapar. Tapi itulah yang ada dalam jadual waktu..balik sekolah jam 3.20.
Nasiblah semasa saya belajar balik sekolah jam 2.00 petang je.
No comments:
Post a Comment