Sunday, January 11

Permohonan Siswazah



Dalam akhbar Mingguan Malaysia, USM dan UKM mengiklankan tawaran kemasukkan bagi program lepasan ijazah bagi pengambilan semester 1 Jun 2009. Saya rasa, kali ini saya nak cuba untuk mohon program master.


Saya sangat berharap, awal tahun ni saya dapat pergi induksi, dan pengetua dapat bagi pengesahan jawatan secepat mungkin. Kemudian saya boleh mohon cuti untuk sambung belajar sepenuh masa (semudah tu ke?). Biasiswa? Kalau nak tunggu tajaan KPM kena tunggu lagi 2-3 tahun lagi baru boleh sambung belajar...lambat tu, sebab salah satu syarat permohonan ialah 4 tahun servis.


Dulu, dalam perancangan karier saya, saya nak jadi ahli farmasi. Kemudian buka farmasi sendiri. (sesungguhnya saya teringin sangat nak buat bisnes) Tapi bila dah tak kesampaian, saya nak jadi pensyarah universiti. Cadangnya, saya jadi cikgu dulu, kemudian bila dah ada master saya mohon diserapkan ke universiti. Tapi masa saya membina angan-angan tu, kementerian pendidikan belum lagi dipecahkan kepada kementerian pelajaran dan kementerian pengajian tinggi.


Sekarang ni, bila dah wujud dua kementerian, cikgu dah tak boleh masuk universiti. Hanya setakat IPG. kalau nak berkerja di U, kena buat permohonan semula, dan tangga gaji akan bermula dari basic.


Mengajar di sekolah, IPG dan U, sememangnya sangat berbeza. Di U, suasana lebih terbuka, peluang untuk ke oversea lebih banyak dan yang paling penting, lebih glamour...hehehe.

5 comments:

Anonymous said...

Kalau ada cita-cita nak buat master, terus sahaja. Cari peluang. Pada usia muda, usahakanlah...

Anonymous said...

aku dah g induksi,then bila g sana, rugi sebenarnya kalo kita cuti blajar.. better ambik part timela... tp kalo ko nak sambung cita2 ko nak jd pensyarah..ok je kalo buat sepenuh masa

Anonymous said...

salam perkenalan.. ;-)

sy slh seorg drpd "silent reader" blog hijauzamrud..
hari ini sy terdorong utk meninggalkan komen di sini..

zamrud btuah kerana ditentukan mjadi pndidik..(jgn berasa tidak glamour dgn profesion perguruan)
sy sebenarnya teringin utk jadi pendidik tp masih tidak kesampaian..belum diberi rezeki..
tp sy tetap akan berusaha ke arah itu..wlaupun ramai rakan2 sy mengatakan profesion sy sekrg lbh baik..

sy m'ggalakan zamrud utk smbg master sementara masih muda..jgn lepaskn peluang..

farahiyah said...

wwwttt, diana dan tanpa nama, tq.

diana, memang rugi kalau ambik cuti sambil belajar, tapi kalau buat part time kita akan penat sangat...

FishyMilky said...

salam kak farah... all da best!!!

akk nok sambung master ape?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...