
Sabtu lepas, saya ke UPSI, bersama seorang lagi guru dan 5 orang pelajar untuk CSEED project, salah satu project Climate Cool School. Semasa pulang dari Tanjung Malim, sebab kami ke arah utara, perjalanan yang 3 jam jadi sampai 5 jam 30 setengah…bertolak pukul 5.45 dan sampai pukul 10.30 malam. Penatnya saya…kali pertama bawa kereta tgh hujan lebat, kali pertama terperangkap dalam jam semasa memandu dan lebih memenatkan sebab drive waktu malam.
Tak serik dengan jam semasa balik dari UPSI, hari selasa saya menyesakkan lagi highway. Keluar pukul 2 ptg ke Ipoh. Masuk je highway,sebelum R&R Sg Perak, dah jam. Tak ada accident cuma kereta yang banyak. Nak balik K.K pun macam tu, traffic amat perlahan, sampai suatu tahap, tak bergerak langsung.
Hari Rabu dan Khamis pula, saya buat kelas tambahan Kimia. Hari rabu, sepatutnya kelas bermula pukul 9 pagi tapi pelajar datang lambat, dan kelas bermula pukul 10 pagi. Hari khamis pula, kelas mula jam 9.30 pagi. Geram dengan pelajar yang datang lambat, saya kunci makmal, tak bagi mereka masuk. Cuma bila dah ramai pelajar yang datang lambat berkumpul di luar makmal, barulah saya bagi mereka masuk beramai ramai.
Semalam, Sepanjang hari operasi mengemas bilik. Tukar langsir dan ubah susunan perabot dalam bilik. Hari ini, cadangnya nak buat SMM (sistem maklumat murid) Hari Selasa kena serahkan kepada guru data. Esok, entah la...
2 comments:
itu bukan cuti namanya.
tapi orang luar tetap anggap cikgu cuti banyak... Kan?????
program kt upsi aritu mmg njoy n gempak...
coz ckg2 pown sme2 trut serta ngn pljar...
rse lbih rpat ngn ckg...
hope next time dpt ag join program cm2...
Post a Comment