Biskut oh biskut....
Hari ni dah 22 Ramadan. Sembilan hari lagi nak raya. Tolak dua hari, sehari untuk masak rendang dan sehari untuk masak lemang dan kek. So, tinggal 7 hari. Tolak hari ini, dan tolak hari jumaat esok ( nak g shopping ) tinggal la 5 hari lagi. Dalam masa 5 hari ni, berapa banyak agaknya boleh buat biskut raya. Rancangnya, nak buat 10 jenis biskut raya dalam bulan puasa ni. Tapi nampaknya macam x sempat je. Kalau dapat buat lagi empat jenis biskut pun kira ok lah.
Sekarang ni, baru siap 5 jenis biskut...biskut almond london, biskut corn flakes, biskut kelapa kering sunquick, biskut tart dan biskut peanut butter. Hari sabtu nanti nak buat biskut prun, ahad buat biskut chocolate chips dan isnin buat biskut oat...hari selasa, cadangnya tak nak buat biskut, nak buat kuit siput plak....
Erm...penatlah buat biskut ni. Nak tulis entry ni pun tak larat...chow....
No comments:
Post a Comment